Jawatan Kosong SPA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Posted on

SPA Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Jawatan Kosong SPA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
  1. Syarat Lantikan

(i) warganegara Malaysia;
(ii) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2* dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3** dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • Bidang SKM Tahap 2:
    Pengurusan Pejabat
  • Bidang SKM Tahap 3:
    Penyeliaan Pengurusan Pejabat
    Setiausaha Korporat Eksekutif
    Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia
Check Here for: Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Terkini
Atau Check here: SPP Jawatan Kosong Daftar & Login MySPP Permohonan Jawatan Kosong SPP 2022-2023
  1. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Maklumat Syarat Lantikan
    Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ spm-svm-skm-sijil/pembantu-tadbir-perkeranian-operasi-gred-n19

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pilihan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 1 Januari 2023 (Ahad), jam 11.59 malam.