Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2023 Terkini

Posted on

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2023 Terkini
Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 2023 Terkini

MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

JAWATAN : PEMBANTU AWAM

  • Gred Jawatan : Setara dengan Pembantu Awam Gred H11
  • Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
  • Pusat Tanggungjawab : Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)
  • Penempatan : Ibu Pejabat MARDI
  • Gaji : RM1,200.00 (secara pukal)
  • Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun
  1. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  1. Syarat Kelayakan
    Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah.
  2. Bidang Tugas : i) Melaksanakan aktiviti penanaman benih dan sayuran bagi jualan dana.

ii) Melaksanakan dan Menyelenggara pekakas dan peralatan bagi tujuan penanaman anak benih.
iii) Membantu dan mengendali jualan produk dana.
iv) Menyelenggara rekod stok dan produk jualan dana untuk tujuan pelaporan.

Iklan Jawatan Kosong Contract for Service (CFS) 2 | 2 0 2 3
v) Lain-lain tugas berkaitan dana yang diberikan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON:

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengarah:

Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

(u/p: Puan Siti Aminah Binti Jamaludin)

ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
iii) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP IKLAN: 31 MAC 2023

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6272

Download Borang Permohonan Disini

Also Check: Flexible Part-Time Jobs in Kota Kinabalu March 2023: Earn Extra Income on Your Schedule